Wednesday, August 18, 2010

Adab-adab Berwuduk

Salam~

1. Memulainya dengan sebutan nama Allah s.w.t. "Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada
maknanya wuduk yang tidak disebut nama Allah s.w.t (padanya)". (Riwayat Abu Dawud)
2. Jangan memukulkan air ke muka dan kepala.
3. Jangan mengirapkan tangan supaya air terpercik sesudah berwuduk.
4. Tenang dan hadir hati ketika berwuduk kerana ketenangan dan kekusyukan pada wuduk adalah permulaan bagi kekusyukan
dalam sembahyang.
5. Bersugi setiap kali hendak berwuduk kerana ia dapat membersihkan mulut sekaligus mendapat keredaan Allah s.w.t
6. Berusaha menyampaikan air wuduk ke dalam lipatan-lipatan kulit, telapak kaki bahagian belakang (tumit) dan ke celah-celah
jari-jari (tangan dan kaki).
7. Menyempurnakan wuduk lebih dari sekadar fardu-fardunya seperti menyampaikan air lebih dari dua siku atau menyampaikan
air hingga ke pertengahan betis, istimewa sekali ketika cuaca sejuk kerana ia adalah cahaya dan perhiasan orang mukmin
pada hari kiamat.

Dari ‘Usman bin ‘Affan r.a. berkata Rasulallah SAW bersabda: “Siapa yang berwuduk dengan sempurna, maka keluarlah segala
dosa dari tubuhnya, sehingga dari bawah kukunya juga.”

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment