Thursday, March 18, 2010

Aku dah Agax!

Salam.
cet!
ak da agax. semalam ak baru je post sal kecewo., tgk ari ni ak agx kecewo ler. CHELSEA kalah. KAH5. tp ak da bajet awal2 dah mcm nak kalah je. dan ape ak bajetkan itu tepat. haha. sekdar kebetulan. hehe.
tapi ak xde lah kecewa sgt pom. anggap je team ak mnt 2 xde rezeki. alah, duniawi sahaja. buat ape nak frust then marah lbeh2. mcm bdk2. hehe. dah nak msk umo 20 nie kne lah berpkran mtg sket kan. baru MACHO. kah2. melawak! berpikaran mtg bukan sebab nak MACHO, tp sebab dah timbul kesedaran dalam jiwa. tu baru beto kan. hehe.,
dah, ak pom malas dah nak menaep nie. mkn ubat then tdo!
cough! cough!
ble lah batuk ak nak baek nie.
xpe, ujian kepada hambaMu yg hina ini. moga diberi kekuatan! amin!

blah dlu, bye!

Tuesday, March 16, 2010

Kecewa/Disappointed

salam.
cet!
lame dah tak menaep. hehe. post kali ni nak sembang sket pasal kecewa or disappointed nie. tp jgn salah faham plak, bkn sb jwg2 ek, tapi kecewa secara general nye.
sme org pena kecewa gax. ak pom xterlepas dr mengalami perasaan itu. tp jgn biakan feeling itu kuasai kita. be strong. pikirkan positif. maybe ap yg berlaku tu bukan rezeki kita tp hari laen sape yg tahu kan. setiap org ade rezeki masing2.
mcm ak sendri lah, kdg2 ak kecewa dgn ape yg berlaku kat sekeliling ak. kecewa dgn pemikiran sesorg, cra hdup seseorg, kecewa dgn reslt XM (haha, yg nie selalu) dan bnyak lagi ler. tp bg ak bile ade perasaan mcm ni, akan dtg smgt utk terus berjuang. tp biasa nye xlame lah.. hehehe. biasalah kite, melayu mudah lupe, mudah alpa. hehe.
last, kepada sesiapa yg tgh bersedeh or kecewa tu, jgn dilayan lah gundah gulana anda. engat Allah swt sentiasa bersama mereka yg tabah! start a new life. mybe better than the old one. who knows, rite? hehe.,
k, blah dlu. =)

Thursday, March 11, 2010

WANITA : AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

note: ak copi bnde nie. bkn hak milik ak. just post sb ak suke bile membacanye.